Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembubaran DUN tiga negeri Pas dimuktamad esok

12 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2022

Pembubaran DUN tiga negeri dibawah pentadbiran kerajaan Pas iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan dijangka diketahui selepas mesyuarat Pas Pusat di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur pada Khamis.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut Ahmad Samsuri, hasil mesyuarat jawatankuasa harian Pas pada pagi Selasa di Kuala Lumpur akan dibawa dan diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat di Pejabat Agung Pas pada Khamis.

Jelas beliau, teka-teki sama ada DUN Terengganu dibubarkan atau tidak akan terjawab esok dan keputusan itu adalah muktamad memandangkan tiada lagi perbincangan berhubung perkara itu (pembubaran DUN) selepas ini.

Artikel penuh

#BeritaSemasa #Pas #SinarHarian