Misi lahir 100 huffaz 2025

Pelajar perempuan yang mengikuti pengajian di Madrasah Ummahatul Mukminin.
Pelajar perempuan yang mengikuti pengajian di Madrasah Ummahatul Mukminin.
A
A
A

KLANG - Madrasah Ummahatul Mukminin, Klang tidak pernah berputus asa untuk melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran di negeri ini.

Pengurus Madrasah Ummahatul Mukminin, Rabiah Abdul Ghani berkata, banyak cabaran yang perlu dilalui untuk melahirkan remaja perempuan bergelar hafizah al-Quran terutama dalam dunia moden.

“Kami yakin dengan izin ALLAH SWT, misi melahirkan 100 huffaz pada tahun 2025 itu dapat direalisasikan,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, jika kesungguhan ibu bapa dan pelajar dibantu oleh guru-guru yang mantap maka impian itu akan tercapai.

Tambah beliau, Madrasah Ummahatul Mukminin tidak hanya menitikberatkan hafazan tetapi mahu pelajar sentiasa menjaga akhlak, feqah, kepimpinan diri dan sahsiah.

Justeru kata Rabiah, mereka yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Maybank di nombor 562469-31-6831 Madrasah Tahfiz Al Quran Ummahatul Mukminin.

“Kepada yang mungkin tidak berkesempatan memiliki anak perempuan hafizah boleh menyertai kempen kami untuk bersama memperluaskan bangunan tahfiz.

“Kami berharap misi ini dapat direalisasikan dengan mudah. Sebarang infaq boleh terus ke akaun atau hubungi Ustazah Rabiah di talian 012-2972 769,” katanya.

Artikel Berkaitan: