Maritim selamatkan kru kapal dagang alami serangan jantung

Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan melakukan Medevac (Medical Evacuation) seorang kru kapal dagang yang mengalami serangan jantung di perairan Pulau Undan di sini awal pagi Isnin. - Foto Maritim Malaysia
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan melakukan Medevac (Medical Evacuation) seorang kru kapal dagang yang mengalami serangan jantung di perairan Pulau Undan di sini awal pagi Isnin. - Foto Maritim Malaysia
A
A
A

MELAKA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan melakukan Medevac (Medical Evacuation) seorang kru kapal dagang yang mengalami serangan jantung di perairan Pulau Undan di sini awal pagi Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru sekitar jam 3.10 pagi.

"Kami dimaklumkan mengenai seorang kru kapal dagang mengalami serangan jantung atas kapal di kedudukan lebih kurang 5.2 batu nautika Barat Daya Pulau Undan.

"Mangsa Li Zhongguan, 29, warga China mengalami serangan jantung ketika kapal dalam pelayaran dari Singapura menuju ke Terusan Suez," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, bertindak atas maklumat, bot Benteng 4 telah bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan Medevac dengan segera.

Mangsa dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans. - Foto Maritim Malaysia
Mangsa dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans. - Foto Maritim Malaysia

"Setibanya di lokasi, mangsa ditemui dalam keadaan lemah namun stabil sebelum dibawa ke jeti Marina Melaka dan pihak ambulans telah menunggu mangsa untuk dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

Artikel Berkaitan: