Nyaris lemas ketika hantar pesanan makanan

Sebuah kereta nyaris dihanyutkan arus deras di sebuah jambatan di Otford baru-baru ini. - Foto NSW RFS IIIawarra Districh
Sebuah kereta nyaris dihanyutkan arus deras di sebuah jambatan di Otford baru-baru ini. - Foto NSW RFS IIIawarra Districh
A
A
A

SYDNEY - Seorang penghantar piza nyaris lemas selepas kereta yang digunakan untuk menghantar makanan terperangkap dalam banjir di Otford, Australia baru-baru ini.

Keretanya itu hampir dibawa arus disebabkan oleh paras air Sungai Hacking di Otford yang meningkat.

Kejadian itu berlaku kira-kira 60 kilometer (km) dari Sydney.

Penghantar makanan dari Sylvania itu terpaksa memanjat keluar dari tingkap kereta untuk menyelamatkan diri sebelum menghubungi talian kecemasan dari bumbung kenderaannya.

Nasibnya cukup baik kerana terdapat balai pasukan sukarelawan Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) berdekatan lokasi kejadian yang kemudian membantunya.

Anggota-anggota polis Wollongong turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Timbalan komander RFS Otforx Phil Rook berkata, penghantar makanan itu kelihatan tenang ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan dalam keadaan yang berbahaya.

Beliau menyatakan bahawa pemandu itu tidak memandu keretanya meredah air banjir.

Artikel Berkaitan:

Namun katanya, paras air yang meningkat dan memenuhi jambatan telah menyebabkan kereta mangsa terbabas ke tepi tiang penghadang.

Menurutnya, jika tiang penghadang di tepi jambatan itu tidak ada, kemungkinan mangsa sudah dibawa oleh arus yang deras. - Agensi