Dua lelaki melecur terkena renjatan elektrik

Salah seorang mangsa yang terkena renjatan elektrik di Jalan Bundusan, Penampang.
Salah seorang mangsa yang terkena renjatan elektrik di Jalan Bundusan, Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Dua lelaki melecur akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di hadapan sebuah bangunan di Jalan Bundusan di sini pada Ahad.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua mangsa masing-masing berusia 35 dan 26 tahun sedang memasang papan iklan di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zenno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.23 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari BBP Penampang.

"Menurut laporan, terdapat dua mangsa lelaki terkena renjatan elektrik ketika sedang memasang papan iklan di kawasan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa masing-masing melecur di bahagian perut dan kaki. Bagaimanapun tidak diketahui tahap peratusan melecur mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa berkenaan.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.50 pagi," katanya.