Astra Taipan tawar pemasaran terbaik

Bantu usahawan PKS kembangkan perniagaan menerusi sistem teknologi terkini

A
A
A

Megat Arif (dua dari kanan) dan Siti Khawa bertukar dokumen perjanjian pada Majlis Pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Astra Taipan Sdn Bhd dan Mak Siti Products (M) Sdn Bhd sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CMAi Capital Group, Amir Awang Hamad (kanan).
Megat Arif (dua dari kanan) dan Siti Khawa bertukar dokumen perjanjian pada Majlis Pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Astra Taipan Sdn Bhd dan Mak Siti Products (M) Sdn Bhd sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan CMAi Capital Group, Amir Awang Hamad (kanan).

KUALA LUMPUR - Sejak ditubuhkan pada 7 April 2017, Astra Taipan Sdn Bhd telah menjadi sebuah syarikat pembekal perkhidmatan terbaik di Malaysia.

Misi utamanya adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan pemasaran, pemborong dan pengedar yang terunggul dan pilihan nombor satu kepada pengeluar serta peruncit.

Astra kini menyediakan perkhidmatan berkaitan pemborong dan pengedaran produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggunakan sistem teknologi terkini dalam aspek pengurusan data, produk serta pemantauan.

Objektif utama Astra Taipan adalah untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan seiring dengan teknologi semasa yang berdaya saing.

Sistem ini terbukti membantu Astra Taipan menguruskan lebih daripada 2400 outlet dengan mudah dan sistematik.

Megat Arif bersama Siti Khawa meneliti sistem RePOD yang dibangunkan.
Megat Arif bersama Siti Khawa meneliti sistem RePOD yang dibangunkan.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Astra Taipan Sdn Bhd, Megat Arif Farhat berkata, matlamat Astra Taipan bukan sahaja mengukuhkan perniagaan malah turut melahirkan usahawan baharu dalam pelbagai bidang.

Prospek keusahawanan

Menurutnya, ini terbukti apabila program pembangunan usahawan Astra mengambil kira cabaran landskap ekonomi serta perniagaan yang berjaya membangunkan prospek keusahawanan.

“Syarikat kami bukan sahaja membina jenama malah menggunakan sumbernya untuk memastikan keuntungan yang berterusan.

MEGAT ARIF FARHAT
MEGAT ARIF FARHAT

“Rancangan pemasaran kami sentiasa diperhalusi dan mengambil kira keperluan dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Astra Taipan Sdn Bhd dan Mak Siti Products (M) Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Jelas Megat Arif, Astra Taipan turut membangunkan sistem pengurusan dan pemantauan produk secara menyeluruh. Antaranya, sistem RePOD yang membolehkan pengguna memantau lokasi produk yang telah dipasarkan secara tepat menggunakan aplikasi melalui laman sesawang atau telefon pintar.

Katanya, menerusi sistem ini juga membolehkan pengeluar mengeluarkan resit atau invois kepada peruncit dengan setiap transaksi boleh dilihat semula pada sistem berkenaan.

“Sistem ini memudahkan semua pihak dan paling penting ia mengurangkan kesilapan kemasukan data, keuntungan, jumlah stok secara ‘real time’,” kata beliau.

Tambahnya, keunikan Astra Taipan juga terletak pada program-program pembangunan keusahawanan yang dibangunkan oleh pihak Astra seperti program SOLCAT iaitu sebuah program dropship yang membantu usahawan memiliki perniagaan sendiri.

Kerjasama antara Astra Taipan dan Mak Siti dimeterai menerusi perjanjian persefahaman pada Selangor International Business Summit kali ke-6 (2022).
Kerjasama antara Astra Taipan dan Mak Siti dimeterai menerusi perjanjian persefahaman pada Selangor International Business Summit kali ke-6 (2022).

Jelasnya lagi, sistem RePOD merupakan sistem pengedaran bekalan kepada peruncit, pembekal dan juga pengeluar produk lain-lain.

“Untuk memastikan kelangsungan proses jual beli dan juga menambahkan untung kepada semua pihak, kami telah memastikan sistem RePOD berfungsi secara sistematik dan sentiasa dikemaskini.

“RePOD mempunyai ciri-ciri menarik yang boleh memudahkan urusan pengedar dan peruncit, antaranya kemudahan pemaparan maklumat pengedar, data jualan, data simpanan dan jualan barangan yang diedar dan kemudahan akses maklumat peruncit,” jelasnya.

Menurut Megat Arif, RePOD juga memudahkan urusan pengawasan dan pemerhatian bagi kesemua peruncit.

“Kami telah menghasilkan fungsi paparan gambar premis penjualan serta koordinasi lokasi yang tepat dan juga akses mudah untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan peruncit,” katanya.

Program dropship

Rerurai Astra Taipan di Selangor International Business Summit kali ke-6 (2022) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Rerurai Astra Taipan di Selangor International Business Summit kali ke-6 (2022) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.



SOLCAT merupakan program dropship yang membantu pemborong dan pengedar di seluruh Malaysia dari segi penyimpanan inventori dan pengedaran barangan jualan secara langsung kepada pengguna.

“Kami percaya dengan penggunaan SOLCAT, masalah yang besar untuk pihak pengedar dan pemborong boleh diselesaikan dengan mudah,” ujar beliau.

Astra telah menjalankan tinjauan dalam kalangan pengedar dan mendapati masalah paling kerap berlaku adalah margin jualan yang rendah dan pengurusan inventori yang tidak seragam.

“Kini, pengedar dan pemborong tidak perlu gusar lagi kerana kami sebagai pihak penjual mampu menjadikan masalah anda bebas stres. Kami mahu memastikan proses penjualan POS anda lengkap melalui sistem pengurusan yang lengkap.

“Paling penting kami menyediakan pengurusan e-wallet yang selamat dan terjamin, penyediaan dan paparan laporan inventori dan jualan serta bantuan rakan pengguna (customer support) yang terlatih,” jelasnya.

SITI KHAWA
SITI KHAWA

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mak Siti Products (M) Sdn Bhd, Siti Khawa Jannah Nasuha yakin Astra Taipan mampu mengembangkan perniagaan rempah ratus yang diusahakan.

“Menerusi aplikasi dan sistem RePOD yang diperkenalkan, saya boleh melihat aktiviti jualan team saya setiap hari di seluruh negara.

“Saya juga yakin produk-produk Mak Siti dapat dipasarkan secara meluas selepas ini menerusi khidmat sistem yang dibangunkan Astra Taipan,” katanya.

Beliau melihat kaedah pengumpulan data dan laporan perniagaan syarikat dilihat lebih terjamin dengan sistem yang diperkenalkan.