Sila log masuk terlebih dahulu.

Bajet 2023: Diskaun bayar balik PTPTN, pengecualian bayaran pelajar kelas pertama

07 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Kerajaan memberi diskaun pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November tahun ini hingga 30 April 2023 dan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, ini merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan Bajet 2022 RM332 bilion dan Bajet 2021 RM322 bilion.

Artikel penuh

#Bajet2023

#Belanjawan2023