Sila log masuk terlebih dahulu.

Mufti disaran tak berbalah di ruang awam

07 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan para mufti dalam Jawatankuasa Muzakarah bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk tidak berbalah di ruang awam tentang sesuatu keputusan yang dibuat dalam muzakarah.

Baginda sewaktu bertitah turut menzahirkan rasa dukacita tentang perbalahan keputusan muzakarah bagi Tarekat Naqsyabandi al-Aliyyah pimpinan Sheikh Nazim al-Haqqani.

Titah baginda, isu tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia diputuskan secara konsensus oleh para mufti dan ahli muzakarah pada tahun 2020 di Kuantan yang memutuskan selepas kajian semula tarekat terbabit boleh diamalkan oleh pengikutnya, lapor wartawan Sinar Harian Engku Shariful Azni.

Artikel: https://bit.ly/3rDQ8iK

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa