Remaja lelaki ditemui lemas dekat kolam kuari

Anggota bomba membawa mayat mangsa yang ditemui lemas di sebuah kolam dekat kuari di Bukit Belah, Tikam Batu pada Khamis. Foto JBPM
Anggota bomba membawa mayat mangsa yang ditemui lemas di sebuah kolam dekat kuari di Bukit Belah, Tikam Batu pada Khamis. Foto JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sebuah kolam dekat kuari di Bukit Belah, Tikam Batu pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata, mangsa berusia 16 tahun itu telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ketika ditemui namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Kawasan mangsa dilaporkan lemas di sebuah kolam dekat kuari di Bukit Belah, Tikam Batu pada Khamis.
Kawasan mangsa dilaporkan lemas di sebuah kolam dekat kuari di Bukit Belah, Tikam Batu pada Khamis.

"Maklumat awal memaklumkan terdapat seorang mangsa dikhuatiri lemas di dalam kolam dekat kuari terbabit dan memerlukan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Ketika membuat pencarian awal di lokasi, mangsa telah dijumpai sekitar jam 4.57 petang, namun disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan berada di kolam terbabit untuk mandi sebelum dilaporkan lemas.

Artikel Berkaitan: