Sila log masuk terlebih dahulu.

'PRU15 di bawah kebijaksanaan PM'

06 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 OKTOBER 2022

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, jentera pengurusan bencana dikerahkan bersedia secara optimum bagi berdepan PRU15 jika diadakan ketika musim banjir.

Beliau percaya keputusan untuk mengadakan pilihan raya adalah di bawah kebijaksanaan perdana menteri.

Malah beliau berkata, kerajaan dan perdana menteri mengambil kira pandangan semua agensi sebelum membuat keputusan mengenai pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengenai SOP, persiapan dengan SPR jika pilihan raya diadakan ketika musim banjir.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen