Juruterbang maut, helikopter tentera India terhempas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas helikopter milik tentera India terhempas di timur laut Arunachal Pradesh pada Rabu.

"Sebuah helikopter Cheetah milik tentera dilaporkan terhempas berhampiran Tawang pada jam 10 pagi ketika membuat penerbangan rutin. Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital tentera berhampiran," menurut kenyataan tentera.

Media tempatan kemudiannya melaporkan seorang daripada juruterbang berkenaan meninggal dunia.

Punca nahas masih disiasat. - Bernama