Sila log masuk terlebih dahulu.

UMNO, Pas perlu bincang masa depan MN: Noh

04 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

UMNO dan Pas diminta untuk terus berunding dan mengadakan perbincangan sekali gus membuat ketetapan terbaik mengenai masa depan Muafakat Nasional, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, empat pimpinan tertinggi masing-masing mewakili UMNO dan Pas diharap dapat mencari jalan penyelesaian dan terus mengadakan rundingan untuk kebaikan kedua-dua parti.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, UMNO dan Pas tidak boleh menafikan semangat MN telah berjaya menewaskan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil PRK.

Artikel: https://bit.ly/3SBl9jh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa