Sila log masuk terlebih dahulu.

Budak lelaki maut dipercayai didera

04 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, maut dipercayai akibat didera ketika di bawah jagaan kenalan bapa kanak-kanak itu Taman Skudai, Johor Bharu, Johor, lapor wartawan Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kenalan lelaki bapa kanak-kanak itu berusia 28 tahun dan pembantu rumah wanita yang juga warga asing berusia 40 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dipercayai terdapat beberapa luka dan lebam di beberapa anggota mangsa dipercayai akibat didera namun tiada kecederaan pada pada adik mangsa.

Artikel: https://bit.ly/3SClgek

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa