Sila log masuk terlebih dahulu.

Tengku Zafrul yakin Malaysia tak alami krisis ekonomi

04 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2022

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Malaysia tidak akan menuju kearah sebarang krisis ekonomi ataupun kewangan walaupun berdepan pelbagai cabaran luaran.

Menurutnya, sistem kewangan Malaysia kini jauh berbeza berikutan pelbagai pembaharuan ekonomi dan kewangan yang dilaksanakan seperti struktur ekonomi domestik yang lebih pelbagai, disokong sistem kewangan yang bermoral baik dan kedudukan luaran yang kukuh.

Tambahnya, pasaran kewangan negara sekarang sangat terbuka dengan penyertaan pelabur asing yang tinggi dan didorong oleh eksport yang pelbagai.

#BeritaSemasa #Parlimen #SinarHarian