Sila log masuk terlebih dahulu.

Ebit Lew 'jual' Tenom 

01 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 OKTOBER 2022

Tenom sebuah daerah terpencil kira-kira 145 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah. Namun sejak Selasa lalu, Tenom menjadi popular apabila daerah itu menjadi lokasi perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dibicarakan di Mahkamah Majistret daerah itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norasikin Daineh dan Farina Rauf.

Perjalanan ke Tenom dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih tiga jam dengan melalui Jalan Kimanis-Keningau yang berkabus dengan panorama indah.

Sepanjang perbicaraan empat hari di Mahkamah Majistret Tenom itu, Ebit Lew yang tidak lekang dari senyuman kelihatan tenang dan sering menjadi tumpuan orang awam.

Muzik: www.bensound.com

#EbitLew #Tenom #Sabah #Kesgangguanseksual #sinarHarian