Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemandu lori tidak mengaku rogol anak

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak kandungnya yang berusia 23 tahun, dua minggu lalu.

Lelaki berusia 55 tahun itu mengaku berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya, di belakang lori, di Sungai Besi pada jam 2.30 hingga 3.30 petang, 18 September lalu.

Pertuduhan bagi kes rogol dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, selain dikenakan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii, bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mencabul kehormatan pula mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub manakala tertuduh diwakili peguam, Mona Anak Leonard Lubon.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Oktober depan untuk sebutan kes.

Artikel Berkaitan: