Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah

30 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 30 SEPTEMBER 2022

Saksi ketiga, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret Tenom pada Jumaat bahawa dia telah menerima gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah yang dihantar oleh saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dalam perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual Ebit Lew.

Firdaus Wong berkata, gambar dan mesej itu dihantar kepadanya oleh Mohd Fairuz yang dikongsikan oleh pengadu (identiti tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah) dalam kes ini.

Ebit Lew berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://bit.ly/3Clhn7K

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa