Remaja perempuan didakwa bunuh teman lelaki

Sim Hui Ying didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan membunuh teman lelakinya.
Sim Hui Ying didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis atas pertuduhan membunuh teman lelakinya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada 20 September lalu.

Sim Hui Ying, 19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R Salini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada jam 8 malam, 20 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan remaja berkenaan direman tujuh hari bermula 21 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, remaja terbabit bertindak melakukan perbuatan itu semasa menentang kemahuan teman lelakinya yang mahu mereka melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum pihak keluarga membuat laporan polis.