Brazil dibaling pisang ketika belasah Tunisia

Richarlison menjadi mangsa balingan pisang pada aksi persahabatan Brazil menentang Tunisia di Paris pada Rabu. - Foto The Sun
Richarlison menjadi mangsa balingan pisang pada aksi persahabatan Brazil menentang Tunisia di Paris pada Rabu. - Foto The Sun
A
A
A

DRAMA balingan pisang mewarnai perlawanan Brazil ketika membenam cabaran Tunisia 5-1 dalam aksi persahabatan di Paris pada Rabu.

Richarlison menjadi sasaran penyokong yang membaling pisang ke arahnya ketika meraikan jaringan kedua Brazil.

Perlawanan di Parc des Princes turut terhenti seketika pada babak pertama apabila penonton diingatkan tidak menghalakan pen laser ke arah pemain Brazil.

"Malangnya...pisang dilontarkan ke arah Richarlison, penjaring gol kedua Brazil," kata Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) di Twitter.

"CBF menentang keras unsur rasis dan tidak dapat menerima sebarang tindakan prejudis," tambah CBF.

Sementara itu, kapten Brazil, Thiago Silva menyifatkan insiden itu sebagai memalukan.

Tambahan sebelum perlawanan pasukannya bergambar bersama sepanduk bermesej antiperkauman.

"Malang sekali kami gagal ubah mentaliti orang ramai. Saya harap mereka menyedari keburukan tindakan mereka. Mereka perlu berubah," kata Silva.

Artikel Berkaitan:

Pada perlawanan berkenaan, Raphinha membuka tirai jaringan pada minit ke-11 dan turut meledak lima minit sebelum tamat babak pertama.

Pemain sensasi, Neymar yang kini hanya dua gol lagi menyamai rekod Pele menyumbat jaringan menerusi penalti pada minit ke-29.

Pedro melengkapkan kemenangan bergaya Brazil pada babak kedua menerusi gol pada minit ke-74.

Brazil akan menentang Serbia dalam aksi pertama Kumpulan G Piala Dunia pada 24 November dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah sejak tewas kepada Argentina pada final Copa America tahun lalu.