Dua kapal asing berlanggar di perairan Batu Pahat

Dua buah kapal dagang dari Liberia dan Panama berlanggar pada kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada Selasa.
Dua buah kapal dagang dari Liberia dan Panama berlanggar pada kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada Selasa.
A
A
A

BATU PAHAT - Dua kapal dagang asing berlanggar pada kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh dekat sini pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat kejadian itu menerusi Jabatan Laut Wilayah Selatan pada jam 4.18 pagi.

"Pelanggaran tersebut melibatkan kapal MV GSL Grania berasal dari Liberia dan kapal MV Zephyr I berasal dari Panama.

"Susulan itu Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat telah menggerakkan bot Benteng 05 ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan misi bantuan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan dialami dan semua kru kapal selamaat serta tiada tumpahan minyak.

Katanya, siasatan daripada nakhoda kapal MV GSL Grania memaklumkan kemalangan itu disebabkan kapal MV Zephyr I hilang kawalan lalu merempuh bahagian sisi dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian sisi kanan kapal MV GSL Grania.

"Kapal MV GSL Grania membawa muatan kontena dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri manakala kapal MV Zephyr I membawa muatan campuran bitumen dan dalam perjalanan ke China," katanya.

Artikel Berkaitan: