Sila log masuk terlebih dahulu.

Muhyiddin, Abdul Hadi kukuhkan PN

27 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2022

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, perbincangan selama dua jam itu amat bermakna bagi mengukuhkan Perikatan Nasional sebagai persediaan PRU akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini memaklumkan akan bertemu dengan Tan Sri Abdul Hadi bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Ahli Parlimen Marang itu bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk ‘menghidupkan’ semula Muafakat Nasional.

Artikel: https://bit.ly/3LKB1gu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa