Sultan Selangor berkenan serah 19 watikah pelantikan

Sultan Selangor(depan, tengah) berkenan menyerahkan watikah pelantikan pelbagai jawatan kepada 19 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada Isnin. Foto: FB MAIS
Sultan Selangor(depan, tengah) berkenan menyerahkan watikah pelantikan pelbagai jawatan kepada 19 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan pada Isnin. Foto: FB MAIS
A
A
A
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan pelbagai jawatan kepada 19 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini pada Isnin.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam kenyataan memaklumkan, Sultan Selangor berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr Ahmad Shahrir Makhtar sebagai Setiausaha MAIS bagi 2022 hingga 2025.

"Baginda turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Datuk Mohd Radzi Abd Latif sebagai Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Dr Zainal Abidin Kusmin sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta Mohd Shahidan Abdul Ghapar dan Ahmad Husaini Othman sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah," menurut kenyataan itu.

Pada istiadat itu juga, 14 orang anggota Jawatankuasa Fatwa Selangor turut menerima watikah pelantikan antaranya Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Timbalan Mufti Selangor Prof Madya Dr Miszairi Sitiris, Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Salim Soib @ Hamid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Shahzihan Ahmad.

Menurut MAIS, kesemua pelantikan itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.- Bernama
Artikel Berkaitan: