Sila log masuk terlebih dahulu.

"Banjir kilat terburuk, tak sempat selamatkan barang"

26 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2022

Kejadian banjir kilat di Kampung Baru Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor pada awal pagi Ahad ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk di situ apabila hampir keseluruhan peralatan rumah rosak akibat ditenggelami air, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata kejadian banjir yang berlaku pada jam 6 pagi itu terlalu cepat dan air naik sehingga kira-kira 0.5 meter dalam tempoh sejam.

Kejadian banjir kilat itu turut melanda beberapa kampung sekitar Kayu Ara Pasong, Pontian susulan hujan lebat dan pertembungan air pasang besar.

Artikel: https://bit.ly/3rr1hn7

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa