Polis kesan individu tular bergaduh tepi jalan

Kedua-dua individi terbabit dilihat berhenti di bahu jalan sebelum pemandu pacuan empat roda turun dari kenderaannya. Foto PDRM
Kedua-dua individi terbabit dilihat berhenti di bahu jalan sebelum pemandu pacuan empat roda turun dari kenderaannya. Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian perselisihan faham antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang tular di Jalan Pinang di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 24 saat berkenaan tular selepas dimuat naik di Facebook pada Isnin.

"Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan atas pemilik kenderaan dan penunggang motosikal terbabit sebaik sahaja video berkenaan tular.

"Setakat ini tiada laporan diterima dan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Video berdurasi 24 saat berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook memaparkan pemandu pacuan empat roda berwarna hitam turun dari kenderaan bersama sebentuk objek dikatakan senjata di tangannya sebelum berjalan ke arah penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan.

Sehubungan itu, Noor Dellhan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 0326002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau mana-mana balai berhampiran," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: