'PM belum dapat ilham, Pas masih bincang kerusi'

Takiyuddin menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka peringkat negeri, hari ini. - Foto Bernama
Takiyuddin menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka peringkat negeri, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pembahagian kerusi untuk Pas dan rakan politik lain sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih dalam perbincangan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan mereka belum membuat keputusan berkaitan perkara itu.

"Saya tengok kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pagi ini.... beliau kata tak boleh ilham lagi untuk bubar (Parlimen), jadi kita masih dalam proses lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ketua Datuk Abdullah Ya'kub; Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Zamri Ismail.

Selain itu Takiyuddin memaklumkan, perbincangan dengan Muafakat Nasional juga diteruskan sebagai mana sebelum ini.

"Kita berbincang dengan semua pihak dalam politik untuk mewujudkan kestabilan dalam negara, tidak kira pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan lebih-lebih lagi dengan parti politik kerajaan," katanya.

Menurut beliau, parti itu turut mengadakan perbincangan dengan parti di Sabah dan Sarawak termasuk GPS.

Artikel Berkaitan: