Amaran cuaca peringkat kuning di Sabah, Sarawak dan Labuan

Hantaran Facebook Nadma pada Isnin.
Hantaran Facebook Nadma pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah di dua negeri dan satu wilayah diaktifkan segera susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dijangka berlaku di kawasan berkenaan pada Isnin.

Amaran cuaca peringkat kuning dengan hujan lebat itu dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara kawasan terlibat di Sarawak ialah Mukah; Bintulu; Miri; Marudi dan Limbang.

Kawasan di Sabah pula membabitkan Sipitang; Kuala Penyu; Beaufort; Papar; Putatan; Penampang; Kota Kinabalu; Tuaran, Kota Belud dan Kudat.

Nadma dalam hantaran di laman Facebook pada Isnin berkata, jawatankuasa itu juga diminta supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) juga akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Artikel Berkaitan: