PBT digesa cari penyelesaian isu banjir

Onn Hafiz melawat beberapa kawasan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir pada Ahad.
Onn Hafiz melawat beberapa kawasan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta melihat semula kawasan tumpuan yang sering dilanda banjir dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi catatan di laman Facebooknya pada Ahad memaklumkan, beberapa projek sedang dan akan dilaksana oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

"Saya telah melawat beberapa tempat di Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir hari ini.

"Saya telah minta PBT untuk melihat semula dan mencari penyelesaian terbaik di semua kawasan tumpuan, sebagai langkah persediaan menghadapi musim banjir," katanya.

Onn Hafiz memberitahu, antara projek melibatkan MBJB ialah menaiktaraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sg Chat.

"Pembersihan sampah sarap dan mendapan di dasar Sungai Chat selain menambah pembinaan 'wier' di kawasan hulu iaitu di lokasi Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim dan kawasan pembangunan Pemaju Tanjung Nahkoda,"katanya.

Sementara bagi MBIP pula, kerja yang akan dilaksana ialah melebar dan mendalamkan Sungai Gelang Patah dan Sungai Senapang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) serta membina tembok penahan banjir di Kampung Muafakat.

Artikel Berkaitan: