[VIDEO] 14 termasuk pemandu parah, bas kilang jatuh tebing

Anggota trafik menunjukkan lokasi bas dipercayai jatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, Alor Gajah pada malam Sabtu.
Anggota trafik menunjukkan lokasi bas dipercayai jatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, Alor Gajah pada malam Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang pemandu bas dan 13 pekerja kilang mengalami kecederaan parah apabila kenderaan dinaiki mereka menggelosor lalu terjatuh ke tebing di Jalan Simpang Gading/ Kesang Pajak, di sini pada malam Sabtu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 malam itu, bas dipandu lelaki berusia 40-an tersebut membawa 37 pekerja kilang lelaki warga Myanmar dan Nepal dalam perjalanan pulang sebelum berlaku masalah brek kira-kira jarak 100 meter dari asrama penginapan mereka.

Pengarah Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.57 malam sebelum tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kesemua mereka yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), manakala pekerja lain yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar orang awam ke klinik berhampiran.

Abu Bakar
Abu Bakar

"Bas terbabit dipercayai mahu menghantar pekerja pulang ke asrama, namun dipercayai mengalami masalah sistem brek tidak berfungsi dan meluncur laju ke arah tebing.

Artikel Berkaitan:


"Kerja-kerja menyelamat mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ada di antara mereka yang berjaya dikeluarkan oleh orang awam melalui cermin depan, tepi dan belakang yang pecah," kata beliau ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Jelas beliau, jalan terbabit tidak berapa curam dan kenderaan masuk ke dalam tebing lalu tersangkut di pokok setinggi kira-kira 50 meter dari jalan utama.

"Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi dalam siasatan," kata beliau.