Sukma 2022: Marina cemerlang raih emas berganda

Marina
Marina
A
A
A

ATLET kanu Wilayah Persekutuan (Wiper), Marina Muzaffa cemerlang apabila meraih emas keduanya di temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila mengungguli acara Ki Slalom Flat Water wanita pada Jumaat.

Dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Marina menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dengan catatan masa 1 minit 22.34 saat (s) untuk mengatasi pesaing dari Johor, Azlyn Farhana Muhammad Azmi Tan (1:29:06s).

Gangsa acara itu dimenangi atlet Perlis, Nurul Najwa Jamari dengan catatan masa 1 minit 37.15 s.

“Saingan hari ini (Jumaat) , tak mudah dan tak susah sangat. Memang ada sedikit kesilapan dilakukan tetapi dapat diperbetulkan semula. Secara keseluruhan, satu perlumbaan yang baik.

"Sebelum ini kami juga masih boleh memecahkan rekod kebangsaan dan itu satu pencapaian yang sangat baik untuk saya serta pasukan. Walaupun saya merasakan diri sudah cukup baik namun ada orang lain yang lebih bagus kerana mereka meraih emas,” katanya.

Untuk rekod, selain emas acara Ki Slalom Flat Water, Marina turut meraih pingat sama dalam acara K2 500 meter (m) wanita bersama rakan sepasukan, Aisyah Farhanah Azwan sekali gus berjaya memecahkan rekod baharu kebangsaan.

Gandingan itu melakukan catatan masa 2:04.904s untuk memperbaharui rekod 25 tahun lalu yang dilakukan Nor Ain Idrus dan Nor Haslinda di Sukan Sea Indonesia 1997 iaitu 2:05.05s.

Artikel Berkaitan: