Robot pintar mudahkan tugas manusia

A
A
A

Robot pembimbing mengiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) ketika melawat rerurai Keenon Robotics pada Alibaba Cloud Day, Summit yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC baru-baru ini.
Robot pembimbing mengiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) ketika melawat rerurai Keenon Robotics pada Alibaba Cloud Day, Summit yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC baru-baru ini.

Keenon Robotics berusaha menerajui produktiviti dalam industri makanan dan perkhidmatan

Dunia semakin berubah dan lebih canggih dari segi teknologi. Ini termasuklah juga perkhidmatan memesan makanan. Bukan sahaja pelanggan boleh memesan menu dari QR Code malahan kini kelihatan ramai pengusaha telah menggunakan robot dalam operasi harian restoran, kedai makan dan kafe.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, isu kesukaran mendapatkan tenaga kerja tempatan dan asing dalam sektor perkhidmatan makanan membuat ramai pemilik premis perniagaan makanan pening kepala.

Malah sesetengah golongan Z menganggap pekerjaan sebagai pelayan restoran atau terlibat dalam industri perkhidmatan dan minuman (f&b) sebagai satu yang memenatkan ditambah terpaksa melayan kerenah pelanggan.

Bidang perkhidmatan makanan dan minuman juga tidak menjadi sektor pekerjaan popular disebabkan gaji yang ditawarkan agak rendah dan tidak berbaloi dengan kerja yang perlu dilaksanakan.

Ini kerana, pelayan restoran merupakan salah satu nadi penting dalam pengoperasian sesebuah premis, dan kekurangan tenaga kerja boleh memberikan kesan besar kepada prestasi perniagaan.

Jadi, sebagai penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja adalah beralih kepada inovasi baharu dalam perniagaan iaitu menggunakan perkhidmatan robot pelayan di restoran mahupun kafe.

Artikel Berkaitan:

Khidmat robot merupakan satu alternatif yang baik, malah, pemilik restoran akan dapat menjana lebih banyak keuntungan terutamanya dari sudut kos penggajian dan keberkesanan dalam perkhidmatan.

Ini kerana, robot boleh bekerja setiap hari dan masa tanpa berhenti walaupun sesaat, malah majikan tidak perlu membayar 'EPF' serta 'Socso' atau pemberian bonus tahunan. Inilah kelebihan mengambil robot sebagai pekerja.

Ia merupakan satu inisiatif terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri perkhidmatan tersebut.

Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC), sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam perdagangan, pembekalan dan pengedaran kelengkapan sofistikated dan robot, telah memeterai perjanjian sebagai pengedar eksklusif dengan jenama nombor satu robot perkhidmatan dari China, Keenon Robotics bermula awal Januari lalu.

Robot penghantaran, robot hotel dan robot pembimbing antara produk terunggul yang bakal dibekalkan di pasaran ke arah perubahan futuristik dalam bidang perkhidmatan di Malaysia.

Antara restoran yang menggunakan perkhidmatan robot penghantar untuk menghantar pesanan pelanggan Keenon Robotic ialah Restoran Mohd Chan, Cik Tri Sahara Kambing Bakar, Pak li Kopitiam dan Restoran IV. Sejak diperkenalkan di pasaran pada tahun ini, sejumlah 250 robot sudah berjaya dijual dan angka berkenaan dijangka terus meningkat memandangkan permintaan pasaran yang amat menggalakkan.

Pengarah Urusan Diverse Supply Chain Sdn Bhd, Kayden Ong Swee Sin berkata, industri perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) negara berkembang pesat selepas dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

“Keenon sebagai peneraju robot servis dalaman dan perintis terkemuka dalam Robot Autonomi Pintar dalaman di China merupakan suatu penyelesaian yang paling holistik untuk kami mengemudi masyarakat Malaysia ke arah pemahaman dan kepentingan perkhidmatan robot.

“Malah, kami percaya bahawa penggunaan robot servis adalah pengubah permainan untuk pendekatan lebih produktif, berdaya saing dan inovatif kepada permintaan yang sentiasa meningkat untuk kepuasan mutlak pelanggan di Malaysia,” katanya.

Swee Sin sedang menyampaikan ucapan.
Swee Sin sedang menyampaikan ucapan.

Spesifikasi mengagumkan produk Keenon

Dengan sistem kedudukan dan navigasi autonomi sepenuhnya yang berfungsi seiring, produk Keenon ini memiliki persepsi yang amat sensitif dan teknologi pengelakan halangan.

Penyelesaian berasaskan kemajuan teknologi ini boleh membantu pelanggan dalam pelbagai senario kehidupan dunia sebenar yang kompleks, sambil mengutamakan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan.

Keenon Robotics dijemput sebagai pempamer di Alibaba Cloud Day, Summit

Adham mendengar penerangan robot hotel Keenon yang diberikan oleh wakil Keenon Robotic.
Adham mendengar penerangan robot hotel Keenon yang diberikan oleh wakil Keenon Robotic.

Turut hadir pada program berkenaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr Adham Baba.

Kelebihan robot kepada industri perkhidmatan makanan dan minuman (F&B)

- Kos efektif kepada pemilik restoran atau kedai makan. Sebagai contoh, majikan mampu membuat penjimatan sebanyak 50 peratus dalam memperuntukkan bayaran robot berbanding gaji pekerja biasa.

- Sebuah robot mampu bertahan selama minimum lima tahun dengan mampu menyerap keuntungan sehingga RM84,000 dari kos operasi.

- Tiada lagi masalah pekerja harian tidak cukup kerana bercuti atau cuti sakit.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Keenon Robotics, sila hubungi talian 0172628721 atau layari https://keenonmalaysia.com/