Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis siasat kes cubaan culik budak di Genting Highlands

20 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 20 SEPTEMBER 2022

Polis memulakan siasatan dalam kes video tular yang mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang wanita warganegara asing di sebuah taman tema di Genting Highlands, Pahang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis akan mengambil keterangan daripada pemilik akaun Tik Tok yang menyiarkan video berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Menurutnya, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat tetapi pihak keselamatan taman tema Genting Highlands itu telah membuat laporan polis pada Isnin, 19 September berhubung video yang tular itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa