Penuntut Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir

Wisma Putra sahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
Wisma Putra sahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan pada Ahad malam, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.

Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu menerusi kedutaannya dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: