YBK angkat ketokohan Tun Fatimah

Mohd Ridhwan (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta Program Malam Patriot Tun Fatimah.
Mohd Ridhwan (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta Program Malam Patriot Tun Fatimah.
A
A
A

MELAKA - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) dan Tun Fatimah Riverside Hotel (TFRH) buat julung kalinya menganjurkan Program Malam Patriot Tun Fatimah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022.

Program yang berlangsung pada malam Jumaat itu diadakan bagi mengangkat ketokohan Tun Fatimah selaku srikandi Melayu selain turut menyemarak semangat patriotisme melalui medium puisi, sajak, syair dan seumpamanya.

YBK dalam satu kenyataan berkata, melalui penganjuran program penuh bersejarah itu juga ia dapat memperkenalkan hotel Tun Fatimah Riverside sebagai salah satu destinasi penginapan untuk pengunjung khususnya para pelancong.

Tetamu kenamaan bergambar kenangan sebaik selesai program berkenaan.
Tetamu kenamaan bergambar kenangan sebaik selesai program berkenaan.

"Istimewanya, program ini turut menampilkan dua Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan dan Datuk Dr Rahman Shaari yang menyampaikan puisi. Program ini turut disertai deklamator tersohor antaranya Dr Rahimah Hamdan (UPM); Suffian Kirham (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat negeri Melaka dan Kebangsaan); Zawawi Che' Cob (Ketua 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka).

"Turut serta Nur Sharina Cik Ibrahim (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat negeri Selangor); Azree Ariffin (Kemudi); Norazimah Abu Bakar; persembahan daripada Kumpulan Chenonet Buskers; puisi drama daripada Kumpulan Teater Hidayah dan ramai lagi.

​"Semua yang hadir sambutan hebat dan program ini akan disyorkan untuk dijadikan acara tahunan YBK, Kemudi dan TFRH," katanya.

Majlis perasmian program penuh bermakna itu disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengerusi YBK merangkap Penaung Program, Datuk Zainal Abidin Sakom; Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa; dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Prof Madya Dr Abdul Rahman Ayub dan Zulhairy Jalaluddin serta kenaman-kenamaan yang lain.