Lelaki rentung kereta terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah Range Rover yang terbakar selepas terlibat kemalangan di Batu 7, Jalan Besar, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada malam Jumaat.
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah Range Rover yang terbakar selepas terlibat kemalangan di Batu 7, Jalan Besar, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada malam Jumaat.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan sebelum terbakar dalam kejadian di Batu 7, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini pada malam Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 10.54 malam.

Menurutnya, seramai 16 anggota dengan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Range Rover dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti telah terbabas dan terbakar. Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kenderaan.

"Kemalangan telah mengakibatkan seorang mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 42 tahun tersepit di bahagian pemandu dan terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dua lagi mangsa iaitu lelaki dewasa berusia 25 dan 28 tahun cedera dan berjaya dikeluarkan orang awam.

"Operasi menyelamat mangsa tamat pada jam 12.30 tengah malam," katanya.

Artikel Berkaitan: