Sila log masuk terlebih dahulu.

Iltizam Merdeka semarak Hari Malaysia di Melaka

16 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 SEPTEMBER 2022

Rasuah Busters Melaka mengambil inisiatif mengadakan Iltizam Merdeka di bangunan bersejarah Stadthuys Banda Hilir, Melaka bagi memberi kesedaran orang ramai untuk menolak rasuah, lapor wartawan Sinar Harian Nor Farhana Yaacob.

Pengerusi Rasuah Busters Melaka, Datuk Isnin Aman berkata, biarpun usaha yang dilakukan pihaknya dengan kerjasama pelbagai NGO itu dilihat kecil, namun sekurang-kurangnya dapat menyebarkan kesedaran kepada ahli keluarga yang hadir serta masyarakat untuk bersama menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Ia sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila pertubuhan baharu diwujudkan itu dapat menjayakan program berkenaan yang dirancang dalam tempoh dua minggu sahaja bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia 2022 di Melaka.

Artikel: https://bit.ly/3xstrBc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa