Sila log masuk terlebih dahulu.

Khalid sahkan foto tular turunkan bendera bersama Samy Vellu

16 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 16 SEPTEMBER 2022

Bekas wartawan, Tan Sri Khalid Yunus mengesahkan foto tular melibatkan individu yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan Indonesia dan diganti dengan bendera Malaysia adalah beliau bersama bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu.

Gambar tersebut kembali mendapat perhatian netizen susulan kematian bekas Menteri Kerja Raya tersebut, yang meninggal dunia pada Khamis.

Mengimbas peristiwa pada tahun 1963 itu, Tan Sri Khalid menjelaskan, insiden itu bermula ketika beliau ditugaskan untuk membuat liputan berhubung perhimpunan tunjuk perasaan di bangunan kedutaan Indonesia di Ampang, Kuala Lumpur susulan rakyat Indonesia membakar kedutaan Malaya di Medan, Indonesia.

Artikel:https://bit.ly/3eUmtij

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa