Fi, levi di Lapangan Terbang Changi naik mulai 1 November

Fi dan levi di Lapangan Terbang Changi disemak semula mula 1 November 2022.
Fi dan levi di Lapangan Terbang Changi disemak semula mula 1 November 2022.
A
A
A

SINGAPURA - Singapura pada Khamis mengumumkan Fi Perkhidmatan dan Keselamatan Penumpang (PSSF) serta Levi Penerbangan (AL) yang dikenakan ke atas penumpang Destinasi Asal (OD), berlepas dari Lapangan Terbang Changi, akan dinaikan mulai 1 November 2022.

Dalam kenyataan bersama di sini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) berkata, fi dan levi itu akan digunakan untuk operasi CAG serta untuk penambahbaikan terminal selain untuk pelan pembangunan akan datang, selain untuk pembangunan dan kawal selia hab udara CAG.

Seperti yang diumumkan pada 2018, kenyataan itu menyebut bahawa PSSF ke atas penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi, yang ditetapkan sebanyak S$35.40 pada 2020, akan dinaikan kepada S$37.90 pada 2021 dan S$40.40 pada 2022.

Ekoran pandemik Covid-19, pelan peningkatan pada 2021 dan 2022 digantung, dan OD PSSF kekal pada S$35.40 sejak 1 April 2020 sehingga sekarang, katanya.

Mulai 1 November 2022, OD PSSF akan diselaraskan kepada S$40.40 dan akan dinaikkan kepada S$43.40 pada 1 April 2023, dan kepada S$46.40 pada 1 April 2024 bagi menampung kos operasi yang lebih tinggi.

Caj Pendaratan, Parkir dan Jambatan Udara (LPA) untuk operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi, dinaikkan.0 peratus pada 1 November 2022 dan tambahan 1.0 peratus lagi pada 1 April 2023 dan 1 April 2024 seperti pengumuman sebelum ini.

Selain itu, bagi menyokong operasi CAG, kenyataan itu menyebut bahawa caj PSSF dan LPA juga akan digunakan untuk pelan pembangunan dan menaik taraf infrastruktur terminal sedia ada yang berterusan di sepanjang tempoh pandemik.

"Mulai 1 November 2022, AL bagi penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi akan dinaikkan sebanyak S$1.90, daripada S$6.10 kepada S$8.00; AL kekal tidak berubah pada S$8.00 bagi 2023 dan 2024.

Artikel Berkaitan:

"AL akan terpakai ke atas penumpang OD yang berlepas dari Lapangan Terbang Changi sahaja, penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi serta penumpang pertukaran dan transit, tidak dikenakan bayaran AL,” katanya.

Kenyataan itu menyebut AL digunakan untuk membiayai pembangunan hab udara dan fungsi pengawal selia CAAS, yang dijangkakan meningkat selari usaha CAAS untuk membangunkan semula kedudukan Singapura sebagai hab udara global pasca pandemik.

"Ini adalah pelarasan pertama AL, yang diperkenal 13 tahun lepas pada 2009 sebanyak S$6.10,” katanya.

Ia menyebut bahawa dengan peningkatan bayaran PSSF dan AL itu, jumlah fi dan levi yang dibayar oleh penumpang OD ke atas tiket yang dikeluarkan pada atau selepas 1 November 2022 akan meningkat daripada S$52.30 pada masa ini kepada S$59.20 bagi yang membuat perjalanan dari 1 November 2022 hingga 31 Mac 2023, dan seterusnya kepada S$62.20 bagi yang membuat perjalanan dari 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024, dan S$65.20 bagi mereka yang membuat perjalanan dari 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025.

Penumpang yang telah menerima tiket sebelum 1 November 2022 tidak perlu membayar fi dan levi yang dinaikkan itu. - Bernama