[VIDEO] 'Air naik tak tinggi, surut sejam kemudian'

Anggota bomba melakukan pemantauan ketika air pasang berlaku di Kampung Nelayan Benut pada malam Ahad.
Anggota bomba melakukan pemantauan ketika air pasang berlaku di Kampung Nelayan Benut pada malam Ahad.
A
A
A

PONTIAN - Fenomena air pasang besar yang melanda beberapa kawasan di daerah Pontian sejak Ahad berada dalam keadaan terkawal.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Nelayan Benut yang terletak berdekatan dua sungai utama iaitu Sungai Benut dan Sungai Pinggan.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Rahim Mohd Amin, 43, berkata, fenomena air pasang besar sering berlaku di kawasan itu, menyebabkan penduduk terpaksa membuat persediaan awal.

Rahim
Rahim

Katanya, meskipun belum berlaku kejadian banjir kilat setakat ini, penduduk tetap melakukan persediaan awal seperti menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

"Biasanya pada waktu malam sekitar jam 11 malam, fenomena air pasang akan berlaku. Namun air tidak naik begitu tinggi dan mula surut sejam kemudian.

"Ketika ini, memang kami penduduk berjaga-jaga. Sekiranya hujan, banjir boleh berlaku. Tetapi setakat ini, keadaan terkawal dan hujan tidak turun ketika air pasang besar berlaku," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Aziz Machok, 40, berkata, terdapat 70 buah rumah di Kampung Nelayan Benut dengan kebanyakannya merupakan nelayan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Aziz
Mohd Aziz

"Setakat ini kami sudah biasa begini kerana setiap hujung tahun mesti akan berlaku air pasang besar.

"Kami sentiasa berhubung dengan anggota bomba yang sentiasa melakukan pemantauan ketika fenomena air pasang besar berlaku di sini," katanya.