Kejutan Alcaraz di Terbuka AS

Alcaraz meraih gelaran pertama Grand Slam selepas mengungguli Terbuka AS di New York pada Isnin. Foto Agensi.
Alcaraz meraih gelaran pertama Grand Slam selepas mengungguli Terbuka AS di New York pada Isnin. Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz meraih gelaran Grand Slam pertamanya selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Kejayaan itu membolehkan Alcaraz muncul pemain termuda menduduki ranking nombor satu dunia.

Pemain berusia 19 tahun itu menang 6-4, 2-6, 7-6 (7/1), 6-3 ke atas Casper Ruud dari Norway dalam aksi final di New York.

"Ini sesuatu yang saya impikan sejak kecil, menjadi pemain nombor satu dunia dan menjadi juara Grand Slam," katanya.

Alcaraz juga menjadi pemain termuda menjuarai Grand Slam sejak Rafael Nadal di Terbuka Perancis 2005 mempamerkan permainan kental dengan 55 'winner' dan 14 ace.

Dia juga juara termuda di New York sejak Pete Sampras pada 1990.

"Saya bekerja keras untuk ini. Sukar untuk saya bercakap sekarang, sangat emosi. Sudah lama saya berusaha untuk kejayaan ini.

"Saya baru 19 tahun dan semua keputusan turut mendapat pandangan ibu bapa dan pasukan. Ia sangat istimewa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nadal pantas mengucapkan tahniah kepada pemain itu yang dianggap bakal mewarisi kehebatannya.

"Syabas @carlosalcaraz dengan gelaran Grand Slam pertama dan ranking nombor 1 dan saya pasti lebih banyak kejayaan akan anda capai," kata pemenang 22 kali Slam itu dalam Twitternya.