#Setia4Malaysia Unity Run semarak semangat patriotisme

Gambar kecil dari kiri: Razly, Nadiah, Nuranisah
Gambar kecil dari kiri: Razly, Nadiah, Nuranisah
A
A
A

SP Setia Berhad (SP Setia) bakal menganjurkan #Setia4Malaysia Unity Run di Taman Tasik Setia Bayuemas di Klang pada Ahad depan.

Seramai 2,000 peserta dijangka akan menyertai acara berkenaan terdiri daripada larian separuh maraton sejauh 21.1km dan 'fun run' sejauh 5 kilometer (km) yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Risiko, Integriti dan Tadbir Urus SP Setia, Nuranisah Mohd Anis berkata, penganjuran acara tersebut bertepatan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 dan Hari Malaysia yang bakal disambung tidak lama lagi.

Menurutnya, acara berkenaan diadakan untuk menggalakkan kesedaran dari segi kesihatan sihat dan cara hidup yang baik, di samping memastikan ia selaras dengan falsafah mereka iaitu 'LiveLearnWorkPlay'.

"Kami juga menggalakkan komuniti kami mengamalkan prinsip berkenaan secara meluas melalui program sebegini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia SP Setia, Nadiah Tan Abdullah berkata aspek semangat kebersamaan dan keterangkuman diberi penekanan untuk disebarkan oleh pihaknya.

"Kami percaya penganjuran acara seumpama ini mampu memberi impak bukan sahaja kepada pekerja secara dalaman, tetapi juga komuniti kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penganjuran acara larian tersebut turut diadakan seiring dengan Taman Tasik Setia Bayuemas yang diperbaharui bagi keselesaan komuniti setempat.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Besar Bahagian SP Setia, Razly Mohammad Rus, berkata, taman rekreasi yang dahulunya kolam tadahan berkeluasan 4.05 hektar dinaik taraf dengan lebih kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.

"Selaras dengan pelancaran taman itu, acara #Setia4Malaysia Unity Run 2022 ini untuk bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi bagi mempromosikan Setia Bayuemas sebagai perbandaran terancang di selatan Klang," katanya.