Skyworld rangkul Anugerah 10 Pemaju Terbaik Asia 2022

Kumpulan Skyworld bergambar selepas menerima Anugerah 10 Pemaju Terbaik.
Kumpulan Skyworld bergambar selepas menerima Anugerah 10 Pemaju Terbaik.
A
A
A

PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) merangkul Anugerah 10 Pemaju Terbaik yang berprestij di Anugerah Bangunan dan Pembinaan (BCI) Asia 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan itu merupakan kali keempat yang diterima oleh SkyWorld sebagai pemaju terbaik atas usahanya dalam memberi impak besar terhadap persekitaran binaan dalam industri hartanah di negara ini.

Ujar beliau, pencapaian dalam anugerah tersebut didorong oleh faktor kelestarian alam sekitar melalui bentuk pensijilan indeks bangunan hijau (GBI), yang memberi kelebihan kepada Skyworld dalam menjadikan Malaysia sebagai landskap bandar lebih selamat dan fokus kepada alam sekitar.

“Ini merupakan satu penghormatan yang dianugerahkan kepada pemaju terkemuka di Anugerah BCI Asia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan SkyWorld dan rakan sekutu perniagaan atas dedikasi tersebut dan sokongan yang tiada tandingan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan Skyworld ketika menerima Anugerah 10 Pemaju Terbaik.
Kumpulan Skyworld ketika menerima Anugerah 10 Pemaju Terbaik.

Ulas beliau, dengan berpaksikan pada tiga teras jenama yang kukuh, SkyWorld melambangkan konsep menyediakan pengalaman ‘sky living’ yang terbaik dalam persekitaran mampan.

“Yakinlah bahawa kualiti dan kelestarian alam sekitar adalah wujud dalam semua hartanah yang mempunyai ‘trademark’ (tanda dagang) SkyWorld kerana kami komited kepada Sistem Penilaian Kualiti dalam Penarafan Pembinaan (QLASSIC) dan sijil GBI.

Artikel Berkaitan:

“Kami bersyukur dan teruja kerana usaha pasukan diiktiraf oleh BCI Asia Awards, ini pastinya akan mendorong untuk meningkat lebih jauh lagi,” ujarnya.

Kata beliau, melalui sokongan pasukan pengurusan yang berdedikasi dan berpengalaman, objektif SkyWorld untuk ‘Menjadikan Hidup Lebih Baik’ sentiasa dekat di hati mereka dan pasti akan membawa syarikat tersebut lebih dekat mencapai visi syarikat iaitu ‘Sentiasa Menjadi Pemaju Bandar Terbaik’.

Jelasnya, SkyWorld menyasarkan untuk mengubah setiap bahagian tanah menjadi kehidupan yang mampan persekitaran.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik hartanah SkyWorld yang bangga kerana memiliki keyakinan dan kepercayaan berterusan dalam pasukan SkyWorld,” menurutnya.