Pemecatan Tuchel baik untuk Pulisic

Pulisic
Pulisic
A
A
A

KETUA jurulatih skuad kebangsaan Amerika Syarikat, Greg Berhalter, menyifatkan pemecatan Thomas Tuchel sebagai pengurus Chelsea dilihat akan memberikan impak positif buat pemain sayap, Christian Pulisic.

Justeru Berhalter berharap pengurus baharu The Blues, Graham Potter, dapat mengubah nasib pemain itu untuk diturunkan dengan lebih kerap selepas dinafikan daripada melakukannya sepanjang di bawah bimbingan Tuchel.

“Saya bukanlah individu yang gembira apabila melihat seseorang itu kehilangan pekerjaannya. Bagaimanapun sekiranya pemecatan itu akan membuka lebih peluang buat Pulisic, maka ia sesuatu yang positif.

“Dia seorang pemain yang sudah terbukti boleh bermain di tahap tertinggi. Kita hanya perlu tunggu dan lihat," katanya.

Sebelum ini, Pulisic yang dihalang daripada meninggalkan Chelsea sepanjang musim panas lalu, bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Untuk rekod, pemain Amerika Syarikat itu hanya memulakan satu perlawanan buat The Blues sepanjang musim ini selain diletakkan di posisi pertahanan sayap kanan sewaktu diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Southampton.

Artikel Berkaitan: