Sila log masuk terlebih dahulu.

Najib masih kekal MP hingga proses pengampunan selesai: Speaker

08 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
Najib masih kekal MP hingga proses pengampunan selesai: Speaker

BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2022

Status bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan akan kekal sehingga proses permohonan pengampunan diraja serta semakan kehakiman difailkannya selesai.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, status Datuk Seri Najib hanya dimuktamadkan selepas kedua-dua permohonan pengampunan dan usul tersebut dibereskan.

Memetik Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan jika petisyen pengampunan difailkan dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, Tan Sri Azhar berkata, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan diselesaikan.

Artikel: https://bit.ly/3D5ThyP

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa