Sila log masuk terlebih dahulu.

Treler bawa enam kereta baharu terbakar di Pedas

07 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 7 SEPTEMBER 2022

Lima buah kenderaan baharu musnah selepas treler bersendi yang membawa muatan kenderaan berkenaan terbakar di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di Pedas, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, treler yang dalam perjalanan menghala ke Pulau Pinang itu dipercayai mengalami masalah teknikal di bahagian brek sehingga menyebabkan lima kereta tersebut terbakar hampir keseluruhan.

Bagaimanapun, pemandunya berusia 31 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel: https://bit.ly/3qkgQfH

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa