Sila log masuk terlebih dahulu.

Suami, isteri ditahan syaki edar dadah di Larkin

04 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 SEPTEMBER 2022

Polis menahan pasangan suami isteri dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah dan menyerbu stor yang menyimpan pelbagai barang terlarang itu di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor, pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM214,287 dirampas dalam serbuan sekitar jam 5 petang hingga 8 malam itu yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Dalam pada itu katanya, kegiatan tersebut dipercayai sudah beroperasi sejak empat lalu dengan menggunakan modus operandi seperti menjadikan kedua-dua suspek sebagai orang tengah sebelum dadah diedarkan sekitar Johor Bahru, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Artikel: https://bit.ly/3RcgHGS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa