Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua beranak di Sungai Petani edar dadah RM52,500

03 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 SEPTEMBER 2022

Tiga lelaki termasuk dua beranak ditahan bersama dadah bernilai RM52,500 dalam serbuan di sebuah rumah kampung di Pinang Tunggal, Sungai Petani,Kedah, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam serbuan jam 4.30 petang itu, seorang pemandu van berstatus duda anak dua, berusia 33 tahun disyaki dalang dalam pengedaran dadah terbabit, ditahan bersama ayahnya, seorang pekerja kilang berusia 59 tahun.

Menurutnya, seorang lagi pekerja kilang berusia 22 tahun yang berada di lokasi serbuan merupakan sepupu suspek pertama, turut ditahan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Artikel: https://bit.ly/3CVt5qA

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa