Sila log masuk terlebih dahulu.

32 mangsa nyaris dihanyutkan kepala air

03 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 SEPTEMBER 2022

Seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak yang mengunjungi lokasi perkelahan di Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu, Terengganu berdepan detik cemas apabila nyaris dihanyutkan kepala air dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan enam kenderaan ditenggelami air dengan dua daripadanya hanyut dibawa arus deras.

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Artikel: https://bit.ly/3CVEp66

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa