Terengganu proaktif bela wanita

Zuraida (tengah) sewaktu program turun padang bertemu rakyat.
Zuraida (tengah) sewaktu program turun padang bertemu rakyat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu dilihat proaktif dalam membantu wanita dan tidak memandang rendah peranan kaum hawa sebagai komponen utama di dalam masyarakat.

ADUN Wanita, Zuraida Md Noor berkata, ia memandangkan kerajaan cukup cakna terhadap keperluan golongan itu melalui beberapa inisiatif penambahbaikan yang dibuat, termasuk dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

“Ini dapat dibuktikan melalui inti pati Bajet 2019 Negeri Terengganu, yang mana peruntukan khusus sebanyak RM2 juta buat Tabung Siti Khadijah bakal membantu golongan wanita dan ibu tunggal meningkatkan ekonomi melalui perniagaan dan keusahawanan.

“Selain itu, kebajikan anak-anak dari perceraian keluarga juga diambil kira dengan peruntukan RM1 juta Tabung Ta’min Hadhanah.

“Usaha menaik taraf dewan dan pusat rekreasi mesra muslimah yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 yang lalu juga telah mendapat respons daripada pihak kerajaan yang berusaha mempercepatkannya, supaya kemudahan ini dapat digunakan oleh wanita dalam masa yang terdekat,” katanya.

Jelas beliau, usaha mewujudkan posisi ADUN Wanita buat pertama kalinya juga dilihat sebagai sebuah kerajaan yang cukup cakna terhadap keperluan golongan ini.

Katanya, kesungguhan kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna wajar dipuji.

“Memandangkan wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, kerajaan negeri sangat meraikan cadangan untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, saya harapkan semua wanita di Terengganu perlu mengambil peluang dengan pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk memajukan diri dan keluarga, sejajar dengan matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan,” katanya.