Sila log masuk terlebih dahulu.

Rafizi sedia beri keterangan kepada polis

01 September 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2022

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli sedia dipanggil polis susulan laporan dibuat terhadapnya berkaitan dakwaannya mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Rafizi mempersoalkan mengapa Abd Latiff belum dipanggil polis memberi keterangan walaupun laporan polis terhadapnya berhubung isu projek LCS telah dibuat Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini.

Katanya, situasi tersebut akan memberi tanggapan negatif orang awam terhadap ketelusan dan integriti Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan siasatan.

Artikel penuh

#BeritaSemasa #SkandalLCS #SinarHarian