Banjir di Pakistan: China Mobile tawar panggilan percuma

Sebuah jalan yang musnah akibat banjir disebabkan musim monsun tahunan luar biasa yang melanda Pakistan.
Sebuah jalan yang musnah akibat banjir disebabkan musim monsun tahunan luar biasa yang melanda Pakistan.
A
A
A
ISLAMABAD - China Mobile Pakistan, anak syarikat China Mobile Communications Corporation, dalam satu kenyataan pada Rabu menawarkan minit panggilan percuma kepada penggunanya di kawasan yang dilanda banjir di Pakistan, lapor Xinhua.

Zong, jenama China Mobile Pakistan berkata, pihaknya memahami masa sukar yang sedang dilalui rakyat di negara tersebut.

"Kami menawarkan minit percuma setiap hari untuk rakyat yang terjejas banjir," katanya.

Syarikat selular China itu menawarkan bantuan berkenaan berikutan bencana banjir yang merosakkan lebih 1 juta rumah di Pakistan dan menjejaskan lebih 33 juta penduduk.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, sehingga pagi Rabu, sekurang-kurangnya 1,191 orang terkorban dan 3,641 lagi dalam bencana musim tengkujuh yang bermula 14 Jun.
Artikel Berkaitan:


Terdahulu pada Selasa, bantuan kemanusiaan China untuk mangsa banjir tiba di Karachi, bandar pelabuhan selatan negara itu.

Berucap pada majlis penyerahan bantuan itu, Duta Besar China ke Pakistan Nong Rong berkata kerajaan China melahirkan rasa simpatinya kepada rakyat Pakistan yang terjejas akibat banjir. - Bernama.